
Salam, sekian lama bercuti...Alhamdulillah dapat menjalankan kembali perniagaan seperti biasa. Allah menduga hambanya untuk satu hikmah yang dirahsiakan disisinya. Terlantar sakit di Hospital Permaisuri Bainun selama 1 bulan kerana jangkitan kuman. Akibat jangkitan ini buah pinggang kanan bengkak dan ada angin.
Tidak boleh berjalan, terpaksa gunakan 'wheel chair'...Azabnya tinggal dihospital Tuhan yang tahu. Terpaksa pakai lampin pakai buang, tangan kanan masuk air, tangan kiri masuk antibiotik. Selera makan langsung tak de...Mandi,makan,buang air besar/kecil dan solat semuanya diatas katil...Alhamdulillah akhirnya jangkitan kuman ni terkawal dan sembuh. Lepas discharge badan masih lagi lemah, oleh itu terpaksa tinggal di rumah adik beradik dan mereka pula yang menjaga makan minum selama 1 bulan. Selepas 1 bulan badan dah kuat sikit tetapi tidak boleh aktif sangat. Banyak habiskan masa berehat di rumah. Selepas hampir 3 bulan lebih baru kesihatan kembali normal...Alhamdulillah aktiviti promosi dan jualan berjalan sperti biasa.