Kami Memproses dan Menjual Tepung Ayam Goreng Berempah!!!

Kami Memproses dan Menjual Tepung Ayam Goreng Berempah!!!

Tepung Ayam Goreng Berempah Sharifah's

Produk utama, Unik dan Produk terbaik dari kami !!!

2 sebab utama kenapa Tepung Ayam Goreng Berempah unik, istimewa dan berbeza dengan jenama lain dipasaran.

1. Rahsia keenakkanya ada pada rempah perap kami. Ayam yang perap dengan 7 campuran rempah ratus dan rencah yang terpilih akan melembut dan mengenakkan lagi daging ayam.

2. Tepung Rangup Berempah pula diadun dari 4 jenis tepung yang bermutu tinggi dan dicampur dengan rempah ratus yang terpilih. Memberikan kerangupan dan rasa rempah sebenar.

Hasilnya !!!

Daging Ayam yang lembut enak berempah di dalam dan Rangup berempah diluar !

Cepat dan mudah!!!

Hanya 15 minit untuk disediakan !!!!
Penyelesaian yang terbaik bagi mereka yang sibuk !

3 Langkah mudah untuk menyediakan Ayam Goreng Berempah!!!

1. Perapkan ayam segar yang telah dibersihkan dengan rempah perapselama 1-2 jam.

2. Celup ayam yang telah diperap kedalam putih telur yang telah dipukul, salut dengan Tepung Rangup.

3. Goreng hingga masak dan kuning keemasan. Sedia untuk dihidang.

UNTUK TEMPAHAN ATAU SEBARANG PERTANYAAN SEGERA HUBUNGI KAMI DI
013-5030801 ( Sharifah) , 012 5226171 ( Salamiah)

"PENGEDAR DIKEHENDAKI DISELURUH MALAYSIA"

Resepi Tepung Ayam Goreng Berempah Sharifah's


Bahan-bahan
Tepung Ayam Goreng Berempah Sharifah's
1/2 kg Ayam yang telah dibersihkan
1 biji putih telur

Cara Penyediaan
1. Gaulkan rata Rempah Perap bersama ayam atau makanan laut dan perapkan di dalam peti sejuk selama 1 jam atau lebih.
2. Pukul putih telur dalam sebuah mangkuk
3. Celup ayam yang telah diperap ke dalam telur dan golekkan diatas tepung Tepung Ayam Goreng Sharifah's mengikut ketebalan yang anda kehendaki.
4. Goreng di dalam minyak penuh dengan api yang sederhana panas selama 10-15 minit.
5. Toskan ayam yang sudah masak.
6. Hidangkan bersama sos cili atau sos tomato.



Ayam Goreng Berempah Sharifah's sedap dimakan dengan sos cili atau tomato.

HARGA REMPAH SHARIFAH ( 1 PAKET )

RESEPI DISERTAKAN DI DALAM SETIAP PAKET


1. TEPUNG AYAM GORENG (BIASA/PEDAS)- RM 3.50

( kegunaan goreng 1 ekor ayam)

2. REMPAH BBQ -RM3.50
(kegunaan 1kg ayam/daging)

3. REMPAH NASI DAGING UTARA - RM 3.00

( kegunaan 1kg beras dan 1kg daging )

4. REMPAH RENDANG TOK - RM 2.50

( kegunaan 1kg daging)

5. REMPAH MASAK HITAM - RM 2.50

( kegunaan 1kg daging/ayam/udang)

6. REMPAH MASAK MERAH - RM 2.50

( kegunaan 1kg daging/ayam/udang)

7. REMPAH MASAK ROSE - RM 2.50

( kegunaan 1kg daging/ayam/udang)

8. REMPAH MASAK KICAP - RM 2.50

( kegunaan 1kg daging/ayam/udang)

9. REMPAH KERUTUB - RM 2.50

( kegunaan 1kg daging/ayam/ikan)

10.REMPAH SUP - RM 2.00

( kegunaan 1kg daging/ayam/tulang/ikan)

11.REMPAH KURMA - RM 2.50

( kegunaan 1kg daging/ayam/telur)

12.REMPAH KARI IKAN - RM 1.50

( kegunaan 1kg ikan/udang/sotong)

13.REMPAH KARI AYAM/DAGING - RM 2.50

( kegunaan 1kg daging/ayam)

HARGA REMPAH SHARIFAH (TIMBANG 1Kg)

Untuk rempah timbang tiada borang disediakan.
Hubungi kami terus di talian
013-5030801 untuk membuat tempahan...



1.TEPUNG AYAM GORENG (BIASA/PEDAS)- RM 25.00


2.REMPAH BBQ -RM37.00


3.REMPAH NASI DAGING UTARA - RM 37.00


4.REMPAH RENDANG TOK - RM 40.00


5.REMPAH MASAK HITAM - RM 35.00


6.REMPAH MASAK MERAH - RM 35.00


7.REMPAH MASAK ROSE - RM 30.00


8.REMPAH MASAK KICAP - RM 30.00


9.REMPAH KERUTUB - RM 40.00


10.REMPAH SUP - RM 30.00


11.REMPAH KURMA - RM 30.00


12.REMPAH KARI IKAN - RM 30.00


13.REMPAH KARI AYAM/DAGING - RM 30.00

Hubungi kami sekarang...

Untuk tempahan segera !!!
Hubungi : 013-5030801 (Puan Sharifah)









Jadi Pengedar !!!

Tepung Ayam Goreng Berempah

7 SEBAB ANDA MESTI MENGAMBIL PELUANG MENJADI PENGEDAR

1. Permintaan yang amat tinggi terhadap produk halal keluaran muslimin.

2. Unik, kerana Rempah Perap yang telah siap diadun dengan garam, rempah ratus dan rencah masakan sangat memudahkan PENGGUNA!!!

3. Dibungkus dengan bersih dan kemas, segala butir-butir penting tentang cara memasak,tarikh luput, nama Syarikat dicetak dengan jelas pada label produk.

4. Pengeluaran dan pembungkusan di pantau oleh Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Peladang.

5. Produk kami belum dipasarkan dengan meluas, peluang pemasaran yang tinggi.

6. Penghantaran melalui Pos Malaysia, mudah dan selamat.

7. Jaminan pulangan wang sekiranya rosak dalam tempoh 15 hari dari tarikh penerimaan produk.


Tesmoni Pelanggan Kami

1. Tepung Ayam Goreng Sharifah's rangup dan pedas, citarasa orang Malaysia.
Dr Ummu Salmah,Kolej Islam Darul Ridzuan.
Kuala Kangsar,Perak

2. Rasanya disukai oleh seisi keluarga,jimat! mudah untuk sediakan.
Pn Azian Buyong,Rapat Setia,Ipoh,Perak


07 Jun, 2011

Never Ever Give up

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi IKIM FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas beteri’ saja. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan. Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti. Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda. Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda. Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.