Rempah ialah bahan perisa makanan yg terdiri daripada kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, jintan manis, dan lain-lain. Ia kadangkala juga digunakan sebagai bahan pengawet yang dapat membunuh atau menyekat pertumbuhan bakteria.
Kebanyakan bahan ini juga digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan, ritual agama, kosmetik, pewangi atau dimakan sebagai sayuran.
1.Buah pelaga
Buah pelaga merupakan sejenis rempah yang terkenal semenjak zaman dahulu kala. Ia digunakan sebagai perisai dalam masakan.
2.Jintan merupakan sejenis rempah yang digunakan dalam masakan. Terdapat tiga jenis rempah yang digelar jintan, iaitu:-
a.Jintan putih Jintan putih merupakan sejenis rempah.
Nama sains jintan manis adalah Cuminum cyminum
b.Jintan manis Jintan manis merupakan sejenis rempah.
Nama sains jintan manis adalah Pimpinella anisum.
Jintan manis banyak khasiatnya. Ia dapat melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
c.Jintan Hitam(adas)
Pokok Adas (bahasa Inggeris: fennel) ialah satu spesies pokok ulam dalam genus Foeniculum (diolahkan sebagai spesies yang tunggal oleh banyak ahli botani) yang berasal daripada Eropah selatan (khususnya Laut Mediterranean) dan Asia barat daya. Pokok ini adalah ahli famili Apiaceae (dahulu Umbelliferae). Nama botaninya ialah Foeniculum vulgare.
Pokok Adas ialah herba saka yang berbau amat harum, berwarna hijau kuning, tegak, dan bertumbuh sehingga dua meter tinggi. daun bertumbuh sehingga 40 sentimeter panjang, berkelaran halus, dengan segmen terakhir dalam bentuk filiform, kira-kira 0.5 milimeter lebar. Bunga yang dihasilkan di hujung tangkai adalah dalam bentuk umbel majmuk yang lebarnya antara 5 hingga 15 sentimeter. Setiap bahagian umbel mempunyai 20-50 kuntum bunga kuning yang amat kecil pada pedikel-pedikel yang pendek. Buahnya adalah biji kering dari 4 hingga 9 milimeter panjang, dengan lebar separuh panjangnya, dan mempunyai alur. Bijinya yang dikeringkan dikenali sebagai jintan manis.
Daun Pokok Adas digunakan sebagai makanan oleh larva sebilangan spesies Lepidoptera, termasuk rama-rama Mouse Moth (Amphipyra tragopoginis) dan Anise Swallowtail (Papilio zelicaon).
3.Ketumbar merupakan sejenis rempah. Nama sains ketumbar adalah Coriandrum sativum.
Diambil daripada
Tiada ulasan:
Catat Ulasan