BANYAK penyakit yang menyerang manusia berkait rapat dengan makan minum. Justeru, Nabi Muhammad s.a.w sering mengingatkan umat Islam berkaitan bahaya perut agar mereka berwaspada dengannya. Dan inilah antara perbezaan kita dengan orang-orang yang bukan Islam.
Islam mementingkan makanan, minuman serta kebersihan yang berkait rapat dengan perkara halal dan haram. Dan kita sepatutnya perlu tahu samaada ianya halal atau haram di makan beserta dengan kebersihan disudut pandangan Islam.. Dan bukannya bersih yang semua orang anggapkan.
Dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali menyenaraikan tujuh adab sebelum makan yang perlu dijaga:
1. Memastikan makanan daripada sumber yang halal.
2. Membersihkan tangan.
3. Meletakkan makanan dalam bekas yang diletakkan di lantai kerana ia melatih diri untuk bertawaduk. Tetapi jika makanan diletakkan di atas meja tanpa melampaui batas, ia tidaklah dilarang.
4. Duduk secara betul. Dilarang makan sambil berbaring atau bersandar.
5. Berniat agar makanan itu mendatangkan kekuatan untuk beribadat kepada Allah.
6. Bergembira dengan rezeki yang terhidang dan ber syukur.
7. Berusaha untuk tidak makan seorang diri, tetapi ber sama-sama dengan orang lain walaupun daripada kalangan keluarga dan anak sendiri.
8. Apabila terpaksa minum air, pastikan ia sedikit saja kecuali jika perlu.
Sehubungan itu Imam al-Ghazali memberikan beberapa panduan.berhubung deengan adab selepas makan:
1. Berhenti makan sebelum kenyang.
2. Menjilat jari.
3. Membasuh tangan.
4. Berdoa.
5. Mengeluarkan makanan yang terlekat di celah gigi.
6. Banyak bersyukur kepada Allah.
7. Beristighfar agar diampunkan Allah andai ada unsur syubhah pada makanan.
Oleh sebab itu dalam soal makan dan minum ini kita perlu berhati-hati dan jangan dipermudahkan . Sebagai seorang islam kita patut ada rasa takut, tunduk, gerun, rasa rendah diri, ada rasa curiga, ada rasa was-was didalam hati kita bila berdepan dengan soal makan dan minum kerana Allah SWT telah menggariskan kepada kita umat manusia tentang apa yang halal dan apa yang haram dimakan dan diminum. Inilah perbezaan antara kita dengan umat manusia yang bukan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan